Apakah itu kitar semula?
Penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan.Dengan menggunakan semula bahan-bahan kitar semula dapat membantu dari segi alam sekitar agar sentiasa bersih dan sihat untuk kepentingan generasi akan datang.Selain itu,dapat menghasilkan kewangan tambahan melalui kreativiti dalam mencipta barangan berasaskan barangan kitar semula.
BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA
Aluminium terpakai yang telah dikumpul, diasingkan lalu direnyukkan untuk diangkut ke pusat kitar semula.Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan bendasing.Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tin-tin yang baru. Kitaran semula aluminium menjimatkan banyak tenaga berbanding memproses kitar semula barangan lain seperti kertas.
Kaca akan diasingkan mengikut warna. Apabila kaca dicairkan, warna asalnya masih kekal bermakna kaca hijau akan kekal menjadi kaca hijau, kaca coklat akan kekal dengan kaca coklat, dan kaca yang jernih akan kekal menjadi kaca jernih Setelah kaca-kaca diasingkan mengikut warna dan dibersihkan, ia akan dihancurkan dan ditambah dengan sedikit bahan mentah yang lain untuk dijadikan kaca yang baru. Campuran tersebut akan dipanaskan sehingga cair dan akan membentuk sejenis cecair. Kaca yang masih panas akan dibentuk untuk dijadikan botol.Hasil yang terbentuk akan disejukkan dan diperiksa dari sebarang keretakan/kecacatan. Proses terakhir ialah kaca-kaca yang sudah siap akan dihantar ke syarikat-syarikat atau kilang-kilang di mana kaca ini akan diisi dengan makanan dan minuman.
Surat khabar lama dan majalah-majalah usang yang telah dikumpul dari seluruh negara akan dibawa ke kilang memproses kertas terpakai. Kertas-kertas yang dikumpulkan tadi dihantar ke tempat pemprosesan di mana pada mulanya proses mencampurkan air dengan bahan kimia akan dilaksanakan untuk membantu dalam proses penghancuran sebelum dibersihkan daripada kotoran yang nyata. Kertas yang dihancurkan tadi dinyahkan dakwat yang terkandung di dalamnya, sebelum menjalani proses pembersihan selanjutnya, proses penapisan dan pencerahan. Kemudian, hasil yang diperolehi daripada proses di atas dicampurkan dengan air lalu dipamkan ke bahagian hujung basah mesin membuat kertas. Kertas kemudiannya diratakan oleh mesin pelembut kertas sebelum digulung menjadi satu gulungan kertas yang besar.Gulungan kertas tadi kemudiannya dipotong mengikut pelbagai saiz, bergantung kepada kehendak pelanggan.
Plastik-plastik yang boleh dikitarsemula, ini seterusnya diasingkan mengikut kategori. Kitar semula plastik ini adalah satu perkara yang paling mudah dan ringkas. Plastik akan dipisah-pisahkan sehingga menjadi serpihan halus yang bersaiz lebih kurang 1 sentimeter. Kemudian ia dicuci untuk membuang segala kotoran. Serpihan yang telah dibersihan itu tadi akan dikeringkan melalui saluran udara panas.Serpihan-serpihan plastik kemudiannya dibungkus untuk dijual (dalam bentuk serpihan) ataupun akan dijadikan bahan-bahan baru.
AKTIVITI KITAR SEMULA
Terdapat beberapa aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar antaranya ialah kempen kesedaran diberikan kepada murid sekolah ataupun kepada masyarakat tidak kira usia, agama dan bangsa bagi memupuk sikap pentingkan penjagaan alam sekitar melalui kitar semula bahan-bahan terpakai agar tidak dibuang begitu sahaja.
Selain itu,mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan penempatan atau tempat tinggal ataupun sekolah bagi menerapkan kepentingan kitar semula dengan mengumpulkan dan mengasingkan bahan-bahan kitar semula.Ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan antara kawasan penempatan.
Seterusnya ialah mengadakan aktiviti pertandingan menciptakan barangan berasaskan bahan-bahan kitar semula bagi menggalakkan kreativiti seseorang individi di samping dapat menjaga kebersihan dan penjagaan alam sekitar.
BERITA YANG BERKAITAN KITAR SEMULA
Antara berita-berita yang berkaitan dengan kitar semula adalah seperti di bawah :
LAPORAN PERTANDINGAN
LAPORAN PROGRAM HARI KITAR SEMULA PERINGKAT SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEDAWANG 2014
22 JUN 2014
Pada 22 Jun 2014, telah berlangsung Program Kitar Semula Peringkat Sekolah. Bermula jam 7.30 pagi semua murid dan guru telah berkumpul diruang legar dewan besar sekolah bagi menjayakan progam tersebut. Tepat jam 8.00 pagi, para tetamu jemputan yang terdiri daripada pihak Pegawai Pendidikan Daerah dan Pihak PIBG. Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sekolah diikuti bacaan doa. Ucapan alu-aluan daripada guru besar dan ucapan perasmian daripada wakil pihak Pegawai Pendidikan Daerah iaitu Tuan Marzuki Daud . Majlis di serikan lagi dengan nyanyian lagu Hijau Bumi Tuhan diterajui oleh kumpulan koir sekolah. Aktiviti bermula dengan acara penanaman pokok dan perasmian pondok ilmu yang disempurnakan oleh para tetamu kehormat.
Tepat jam 8.30 pagi, aktiviti bermula. Diantara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mewarna dan melukis poster . Aktiviti ini berlangsung secara serentak di kelas yang telah ditetapkan selama 2 jam. Dalam masa yang sama di ruang legar dan pentas, bermula acara persiapan lengkap kotak kitar semula paling kreatif, pertandingan bercerita dan pertandingan eko-fesyen. Pihak Pegawai Pendidikan Daerah juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dengan mengadakan ruang pameran bahan kitar semula. Aktiviti berhenti rehat jam 10.00 pagi dan bersambung semula pada pukul 10.30 pagi dengan acara kemuncak iaitu sukaneka . Dalam acara ini, para peserta terdiri daripada guru-guru dan pihak Pegawai Pendidikan Daerah dan pihak PIBG.Semua pertandingan di urus oleh pihak guru dan dihakimi oleh pihak Pegawai Pendidikan Daerah. Tepat jam 11.30 pagi semua aktiviti berakhir dengan jayanya. Akhir sekali acara penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh pihak pentadbir sekolah dan pihak tetamu jemputan.Majlis bersurai tepat jam 12.50 tengahari.
Program ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan semua warga sekolah pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar danseterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam amalan hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan sekolah. Antara aktiviti yang dianjurkan di bawah program ini adalah Program Kitar Semula, Aktiviti pengumpulan bahan-bahan terbuang yang diperolehi di sekitar.Objektif program ini adalah untuk Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program mesra alam.Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan seperti program kitar semula.Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga sekolah untuk menjalankan aktiviti kitar semula.sekolah dan rumah warga sekolah
Senarai pemenang-pemenang pertandingan :
Pertandingan Mewarna
- Christina Elsie 3 Elit
- Jozira bt Abdullah 3 Cekal
- Annisa 1 Elit
Pertandingan Melukis Poster
- Adriana Aisy Farhan 3 Amanah
- Nur Hani Nabilah 4 Dinamik
- Nurina Syafezar 5 Elit
Pertandingan Eko- Fesyen
- Angelina Fiona Alex Ayong 3 Dinamik
- Sha. Nuramalin Adani bt Wan Masri 1 Amanah
- Mohd. Sofi Jazimin bin Noramis 3 Bestari
Pertandingan Bercerita
- Mim Khalish Fashilin bt Rebi 3 Fikrah
- Hazwina Humaira bt Hanafi 3 Fikrah
- Rachel Judy Winnifred 3 Dinamik
Pertandingan Merekacipta Kotak Kitar Semula Paling kreatif
- Johan – Kumpulan 7
- Naib johan – Kumpulan 13
- Tempat ke 3 – Kumpulan 6
Pertandingan Sukaneka guru-guru rumah sukan SK Matang jaya
- Johan – Rumah Sukan Merah
- Naib johan – Rumah Sukan Biru
- Ketiga Rumah Sukan Kuning
- Keempat – Rumah sukan Hijau
Kesimpulannya,Semua warga sekolah didedahkan dengan pengetahuan secara lebih mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.Aktiviti melibatkan pelajar-pelajar dalam amalan lestari hidup seperti penjimatan pengunaan air dan tenaga elektrik, cara-cara menjaga alam sekitar dan mengitar semula bahan-bahan yang tidak berguna. Warga sekolah dapat memanfaatkan program ini untuk dilaksanakan ditempat kediaman masing-masing dengan mempraktikkan amalan kitar semula. Secara tidak langsung, sebagai satu sumber pendapatan dari hasil jualan barangan kitar semula yang dikumpulkan itu.
Disediakan oleh,
halijah
(HALIJAH BINTI ABD RAZAK)
SETIAUSAHA KELAB ALAM SEKITAR
(HALIJAH BINTI ABD RAZAK)
SETIAUSAHA KELAB ALAM SEKITAR
BAHAN -BAHAN LAIN YANG BERKAITAN KITAR SEMULA
Idea Kreatif Barang Terbuang
Kreativiti kitar semula kali ini memperlihatkan idea kreatif penggunaan barang terbuang yang di kitar semula menjadi satu barangan lain yang berbeza rupa dan fungsi. Ianya dapat membantu pengurangan bahan buangan dan mengurangan pembaziran penggunaan sumber semulajadi.
Idea kreatif yang boleh anda cuba sebagai sumbangan anda dalam memelihara alam sekitar. Idea kreatif yang dapat membuka minda atau pun memberi ilham dalam menggunakan barang terbuang kepada sesuatu yang lebih berguna.
Lampu ekslusif ini bernilai tinggi walaupun ianya di buat dari bahan terbuang. Ianya memberi contoh terbaik bahawa idea kreatif kitar semula sesuatu barang terbuang mampu menambah nilai dan berharga.
Gelung-gelung tisu atau apa sahaja gelung kertas yang sudah kehabisan isinya, sudah pasti akan dibuang begitu sahaja, tetapi jika diguna semula dengan kreatif, ianya mampu menjadi barangan berlainan fungsi yang berguna dan menawan.
Melalui idea kreatif ini, barang terbuang seperti botol-botol plastik boleh di guna semula untuk dijadikan sebagai pasu untuk tanaman herba anda atau boleh juga di jadikan bekas serbaguna. Bentuk botol-botol ini yang mempunyai pemegang menjadikan ianya mudah untuk digantung. Idea kitar semula yang sungguh menarik dan mudah untuk anda lakukan.
Ini adalah beberapa contoh kegunaan pallet terbuang yang di jadikan perabot untuk kegunaan didalam mahupun luar rumah. Idea kreatif yang bukan sahaja menarik untuk dipandang, malah selesa untuk di gunakan. Yang lebih penting...kosnya murah dan menjimatkan.
Tin-tin kosong ini pula dijadikan bekas serbaguna yang sungguh menarik dan pelbagai kegunaan. Cara-cara membuatnya juga mudah. Idea kreatif barang terbuang yang boleh dijadikan salah satu aktiviti anak-anak anda di waktu terluang semasa cuti sekolah ini.
Ini pula idea kreatif barang terbuang dengan kaedah kitar semula kotak-kotak untuk di jadikan tempat simpanan yang berguna dan menarik. Tiada pembaziran dan bermanfaat pula untuk anda.
Read more: Idea Kreatif Barang Terbuang - Kitar Semula - Relaks Minda http://www.relaksminda.com/2013/11/idea-kreatif-barang-terbuang-kitar.html#ixzz4QbFRGiC3
Follow us: @relakssminda on Twitter | RelaksMinda on Facebook
Read more at http://www.relaksminda.com/2013/11/idea-kreatif-barang-terbuang-kitar.html#8Whu7BhMkmSwiGvw.99
thanks banyak banyak
ReplyDeletesangat baguss..saya ingin meminta izin untuk mengambil sedikit maklumat untuk tugasan kerja saya ya
ReplyDelete